Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia sebagai Personel MySTEP sepertimana berikut:

1. Pembantu Penyelia Gimnasium N29

Tarikh tutup permohonan pada 17 Januari 2022
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Januari 2022

1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Jawatan/ Gred : Pembantu Penyelia Gimnasium N29
1.2 Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
1.5 Bilangan Kekosongan : Satu (1)

2. KADAR UPAH : RM1,800.00

3. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.2 Memiliki Diploma Sains Sukan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3.3 Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam menguruskan gimnasium seperti berikut:
3.3.1 boleh mengoperasi peralatan-peralatan gimnasium; dan
3.3.2 mempunyai pengetahuan dalam peralatan gimnasium.
3.4 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

5. CARA MEMOHON

5.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my). atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

5.2 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

5.3 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)


6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 Januari 2022 (ISNIN)

Tarikh Iklan : 03 Januari 2022

Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Borang_Permohonan.doc 200kb
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong