Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPSepang Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebagaimana berikut:

Bil. Jawatan Kosong Kekosongan Taraf Jawatan
1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U48 1 Tetap
2. Pen. Peg. Perancang Bandar dan Desa JA29 2 Kontrak
3. Penolong Arkitek Landskap JA29 3 Kontrak
4. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 1 Kontrak
5. Pereka B19 1 Kontrak

Tarikh tutup permohonan pada 19 Januari 2022.
Lokasi penempatan : Sepang, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPSepang Januari 2022

Perhatian Kepada Pemohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamat permohonan:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran SemarakApi, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong