Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Zakat Pulau Pinang Oktober 2021

Jawatan kosong terkini di Zakat Pulau Pinang , MAINPP oktober 2021. ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP merupakan sebuah organisasi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Pulau Pinang. Zakat Pulau Pinang, MAINPP mempelawa calon-calon bagi mengisi kekosongan di seluruh cawangan di negeri Pulau Pinang yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi serta berminat untuk membina kerjaya bersama Zakat Pulau Pinang. Iklan perjawatan adalah seperti di bawah:

BIL JAWATAN KOSONG BAHAGIAN/ UNIT
1. PENOLONG EKSEKUTIF BAHAGIAN KHIDMAT KAUNTER
2. PENOLONG EKSEKUTIF BAHAGIAN PERUMAHAN ASNAF
3. PENOLONG EKSEKUTIF UNIT TUGAS-TUGAS KHAS
4. PENOLONG EKSEKUTIF UNIT AUDIT DALAMAN
5. KERANI AM JABATAN OPERASI AGIHAN
6. KERANI AM BAHAGIAN KEWANGAN
7. KERANI AM BAHAGIAN KEBAJIKAN ASNAF
8. KERANI AM PENYAMBUT TETAMU/ TELEFONIS

Tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2021
Lokasi penempatan : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Zakat Pulau Pinang, MAINPP Oktober 2021

CARA PERMOHONAN:

1. Sila muat turun Iklan Permohonan Jawatan pada pautan yang diberikan di bawah untuk maklumat lanjut.

2. Calon yang berminat dan memenuhi semua syarat-syarat, sila kemukakan:
  • Borang Permohonan Jawatan boleh dimuat turun di pautan Borang Permohonan Jawatan pada pautan yang diberikan di bawah atau boleh diambil di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang.
  • Mengemukakan Borang Permohonan Kerja beserta resume dan Curriculum Vitae terbaru (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar bersaiz pasport. Sila nyatakan gaji terkini dan gaji yang dipohon.
3. Hanya permohonan berikut akan diterima:
  • Lengkap dan terang.
  • Salinan dokumen-dokumen yang dilampirkan perlu disahkan oleh pegawai yang berkelayakan (Contoh: Pengerusi Masjid/Pegawai Kerajaan).
  • Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki.
  • Disertakan gambar berukuran pasport atau salinan dokumen yang diperlukan.
KEMUKAKAN PERMOHONAN KEPADA:

PENGURUS BESAR
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
ZAKAT PULAU PINANG
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Semua permohonan adalah sulit dan calon yang berkelayakan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.Permohonan mestilah sampai kepada pihak kami sebelum atau pada 15 hb Oktober 2021(Jumaat).


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong