Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong USIM September 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) september 2021. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

1. Pegawai Pergigian UG41
2. Pegawai Tadbir (Kaunselor Kerjaya) N41

Tarikh tutup permohonan pada 30 September 2021 (Khamis)
Lokasi penempatan : Kuala Lumur & Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong USIM September 2021

Pegawai Pergigian Gred UG41

Taraf jawatan : Tetap
Penempatan : Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur

Skop Tugas

Bertanggungjawab kepada Koordinator Klinik dan Dekan dalam semua urusan berkaitan dengan peranan di Fakulti Pergigian iaitu memberi perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Pandan Indah. 

Bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, memberi bimbingan/demontrasi kepada pelajar dalam amalan pergigian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pegawai Tadbir (Kaunselor Kerjaya) Gred N41

Taraf jawatan : Kontrak
Lokasi penempatan : Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Skop Tugas

Bertanggungjawab menyediakan khidmat bimbingan kerjaya untuk pelajar dan graduan, merancang program kerjaya secara komprehensif, melaksanakan program kerjaya secara sistematik dan berkesan, menyediakan bahan rujukan dan dokumentasi kerjaya, membantu pengurusan program Dana Kebolehpasaran Graduan, membantu program pemprofilan pelajar dan graduan menggunakan sistem NEXT dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Talent Corp Sdn Bhd., membina hubungan bersama industri, alumni dan pemegang taruh untuk meningkatkan peluang kerjaya graduan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.Keutamaan kepada calon yang berkelayakan sebagai pembimbing kerjaya bertauliah dan berdaftar sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik merujuk skim berkaitan;Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C)

Panduan Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 17 September 2021 (Jumaat) hingga 30 September 2021 (Khamis).

2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Tarikh tutup permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 30 September 2021 (Khamis)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong