Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MATRADE September 2021

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di MATRADE sepertimana berikut.

1. Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Lokasi:

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Seksyen Pengurusan Fasiliti
Menara MATRADE
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur

Jawatan Kosong MATRADE September 2021

Syarat dan Kelayakan

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Teknikal atau Kejuruteraan Sivil atau Kejuruteraan Elektrikal atau Ukur Bangunan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

4. Mahir berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan

5. Mahir menggunakan perisian Microsoft Project, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint dengan baik.

Calon-calon yang memiliki kriteria berikut akan diberikan keutamaan:

1. Pernah terlibat secara aktif di dalam projek Kejuruteraan

2. Berpengetahuan di dalam pengurusan projek Kejuruteraan

3. Mempunyai ciri kepimpinan

4. Mempunyai sijil di dalam pengurusan projek

Bidang tugas:

Pegawai akan bertindak sebagai pasukan pengurusan projek Kejuruteraan bagi membantu Pengurus Projek untuk:

1. Membantu dalam pengemaskinian lukisan layout plan Menara MATRADE;

2. Membantu dalam pemantauan ke atas projek-projek naik taraf dan pembaikan;

3. Membantu untuk memasukkan input data dan maklumat berkaitan Inventori dan Aset Tak Alih MATRADE

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat, boleh mengemukakan resume terkini kepada hr@matrade.gov.my

Tarikh tutup permohonan: 10 September 2021 (Jumaat).

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke Sesi Temuduga.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong