Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) September 2021

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai :

BIL. NAMA JAWATAN GRED TARAF JAWATAN
1. PEMBANTU JURUAUDIT W19 TETAP
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 TETAP/KONTRAK
3. PEMBANTU OPERASI N11 TETAP
4. PEMANDU KENDERAAN H11 TETAP
Tarikh tutup permohonan pada 14 September 2021
Lokasi penempatan : MDHS, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) September 2021

Permohonan adalah secara atas talian (online) sahaja. Pemohon dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat permohonan secara atas talian (online) sepenuhnya.

1. Iklan permohonan jawatan kosong (Sila klik disini untuk melihat iklan jawatan kosong MDHS).

2. Syarat-syarat permohonan secara atas talian (Online):

2.1 Cara-cara memohon:

2.1.1 Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara online. https://mdhs.gov.my/kerjaya

2.1.2 Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.

2.1.3 Sila pilih Nama Jawatan seperti yang tertera di ruangan iklan.

2.1.4 Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):

a) Gambar berukuran passport.
b) * Salinan Sijil kelahiran yang telah disahkan.
c) * Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
d) * Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.
e) * Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.
f) Biodata Diri (Resume).
g) * Salinan Lesen Memandu yang telah disahkan.

Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

– Maklumat tambahan:

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:

a) diimbas (scan) terlebih dahulu
b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
c) dikumpulkan / dihimpunkan (zip) menggunakan zip file seperti zip atau rar.

– Diruangan muat naik (Sistem Online):
– Sila klik butang tambah (+), pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk zip atau rar. Kemudian fail zip atau rar akan kelihatan di ruang butang (+).

2.1.5 Sila klik butang hantar. Pemohon akan menerima satu notifikasi “Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi.“.

3. Setiap jawatan yang dipohon perlu disertakan dengan dokumen yang dimuat naik seperti di perkara 2.1.4 sebelum atau pada 14 SEPTEMBER 2021.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melaluiKetua Jabatandan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2020, 2019 dan 2018). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

5. Catatan Am

6. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.

b. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

c. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

d. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong