Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MARA September 2021

Jawatan kosong terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) september 2021. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berfikiran kreatif, berdedikasi dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia seperti di bawah ini:

BIL JAWATAN TARAF JAWATAN GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
1 PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41
i) Bidang Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan)

ii) Bidang Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Loji) ~ IKM Bintulu

iii) Bidang Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik ~ IKM Bintulu

iv) Bidang Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan ~ IKM Bintulu

v) Bidang Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)

vi) Bidang Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)

vii) Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju)

viii) Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan)

ix) Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Produk Elektronik

x) Bidang Teknologi Kejuruteraan Komputer (Analisa Data Besar)

xi) Bidang Teknologi Kejuruteraan Komputer (Komputasi Awan)

xii) Bidang Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sekuriti)

xiii) Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik Gunaan

xiv) Bidang Senibina Penyeliaan Tapak

Kontrak RM2,322.00 RM9,643.00
2 PEN. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29
i) Bidang Teknologi Kejuruteraan Penyaman Udara dan Penyejukan

Kontrak RM1,549.00 RM5,701.00
3 PENOLONG JURUTERA GRED JA29
i) Elektrik
ii) Awam
Kontrak RM1,549.00 RM5,701.00

Tarikh tutup permohonan pada 26 September 2021
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri, Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MARA September 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN BAGI JAWATAN:

1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41/DV42

1.1 i. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,322.00); atau

ii. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,529.00).

1.2 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29/30, DV35/36, DV37/38 dan DV39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV42 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1.1; atau

(ii) lulus peperiksaan kenaikan pangkat;

(c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

1.3 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan)

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Makanan dan Proses/ Kejuruteraan Kimia dan Proses / Kejuruteraan Kimia / Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri) / Kejuruteraan BiokimiaBioteknologi / Teknologi Kejuruteraan Kimia Proses / Teknologi Kejuruteraan Kimia Bioproses / Teknologi Kejuruteraan Kimia Makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.4 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Loji) – kekosongan jawatan di IKM Bintulu sahaja.

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas) / Kejuruteraan Kimia (Gas) / Kejuruteraan (Minyak dan Gas) / Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Petroleum atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.5 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik – kekosongan jawatan di IKM Bintulu sahaja.

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Elektrik / Elektrik (Kuasa) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.6 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan – kekosongan jawatan di IKM Bintulu sahaja.

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Mekanikal (Industri) / Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) / Kejuruteraan Mekanikal (Tulen) / Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan / Kejuruteraan Pembuatan / Kejuruteraan Metalurgi / Teknologi Kejuruteraan Kimpalan & Pemeriksaan Kualiti / Kejuruteraan Kimia-Gas / Kejuruteraan Kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.7 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Minyak dan Gas / Kejuruteraan Pembuatan / Kejuruteraan Petroleum atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.8 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Loji (Instrumentasi dan Kawalan)

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Minyak dan Gas / Kejuruteraan Pembuatan / Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan / Kejuruteraan Petroleum atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.9 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Minyak dan Gas / Kejuruteraan Pembuatan / Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan / Kejuruteraan Petroleum / Kejuruteraan Awam / Teknologi Kejuruteraan (Luar Pesisir) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.10 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju) / (Pemodelan Maklumat Bangunan)

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.11 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Produk Elektronik, Teknologi Kejuruteraan Elektronik Gunaan, Teknologi Komputer (Analisa Data Besar / Komputasi Awan / Sekuriti)

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik / Kejuruteraan Elektronik (Sistem) / Kejuruteraan Elektronik & Komputer / Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) / Teknologi Kejuruteraan (Komunikasi) / Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) / Kejuruteraan Elektrikal, Elektronik & Sistem atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.12 Keutamaan kelayakan Bidang Senibina Penyeliaan Tapak

i. Ijazah Sarjana Muda Senibina atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29/30

2.1 i. Sijil Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau

ii. Sijil Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00) ; atau

iii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,624.20) ; atau

iv. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,699.40) ; atau

v. Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80) ; atau

vi. Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).

3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29

3.1 i. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00) ; atau

ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29;RM1,935.02)

TARAF JAWATAN:
Kontrak

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah, diploma dan sijil, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.

ii. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

iii. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online melalui pautan / link yang sah sahaja seperti berikut :

a. Portal rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my,

b. Facebook (https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat),

c. Instagram (https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat) dan

d. Twitter (https://twitter.com/maragov).

iv. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian / online dan pautan / link yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

v. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

vi. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma / sijil boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

vii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

viii. Pelantikan dan pengisian adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, kesesuaian dan keperluan perkhidmatan.

ix. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

x. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 SEPTEMBER 2021.

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong