Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UNIMAS September 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) september 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Akademik terkini di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai :

PENSYARAH UNIVERSITI/ PENSYARAH PERUBATAN

BIL. Jawatan Kosong Gred Gaji Minimum - Maksimum
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DS41/43 RM2,289.00 - RM9,552.00
2. Pensyarah Universiti DS45 RM3,070.00 - RM11,095.00
3. Pensyarah Universiti DS51 RM5,855.00 - RM12,445.00
4. Profesor Madya DS53 RM6,162.00 - RM13,235.00
5. Profesor VK7 RM7,676.00 - RM20,592.00
6. Pensyarah Perubatan DU51 RM5,862.00 - RM12,492.00
7. Pensyarah Perubatan DU53 RM6,251.00 - RM13,351.00
8. Pensyarah Perubatan (Profesor Madya) DU55 RM6,640.00 - RM14,210.00
9. Profesor (Perubatan) VK7 RM7,676.00 - RM20,592.00
Tarikh tutup permohonan pada 29 September 2021
Lokasi penempatan : UNIMAS
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UNIMAS 2021

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem permohonan atas talian (eRecruitUNIMAS) ; di https://erecruit.ia.unimas.my.

2. Pemohon yang kini ditempatkan di agensi kerajaan Malaysia / badan berkanun / majlis tempatan mesti mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang lengkap.

3. Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut: 

(a) Kad Pengenalan / Pasport; 
(b) Sijil kelahiran; 
(c) Sijil dan transkrip akademik yang berkaitan [SPM (rakyat Malaysia sahaja) /Setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah]; 
(d) Lain-lain sijil dan dokumen yang berkaitan 

4. Tempoh Permohonan: 30 Ogos 2021 – 29 September 2021

5. Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang dinyatakan di atas atau tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan dalam iklan tidak akan diproses.

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan boleh mengandaikan bahawa permohonan tidak berjaya.

7. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan dan Pembangunan Organisasi di talian 082-581000 samb.1100/1139/1131 atau e-mel kepada jobs_unimas@unimas.my.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong