Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UKM ― Tarikh Tutup 20 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

Tarikh tutup permohonan pada 20 Ogos 2021
Lokasi penempatan : UKM Bangi, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2021

FUNGSI BIDANG TUGAS :

a) Mengendalikan laman web Jabatan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan;

b) Bertanggungjawab dalam susun atur, reka bentuk, penampilan visual, pengemaskinian serta meningkatkan dan menjalankan penyelenggaraan laman web;

c) Mengembangkan konsep dan idea kreatif dalam medium hebahan Jabatan serta memenuhi keperluan pengguna. Ini termasuk penyediaan bahan informasi digital terhadap keperluan acara/ majlis yang dianjurkan Jabatan;

d) Menjadi pentadbir dan mengenalpasti kandungan pada semua media sosial (Facebook, Instagram dan Twitter) berkualiti, terkini dan sentiasa mengikut trend terkini serta mampu berkomunikasi dengan berkesan terhadap pihak dalam dan luar UKM;

e) Mengendalikan pengambilan foto dan suntingan video pada program yang bersesuaian mengikut keutamaan Jabatan; dan

f) Membantu penyelenggaraan teknikal sistem komputer yang berskala kecil (ad-hoc).

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

(ii) sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

(iii) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau

(iv) diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON JAWATAN PELANTIKAN:

a) Sila layari laman web UKM: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm bagi membuat permohonan secara dalam talian. atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

b) Permohonan yang berjaya di peringkat saringan sahaja akan dipanggil untuk Ujian Tapisan Kompetensi dan sesi temuduga.

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d) Permohon yang tidak menerima apa-apa maklum balas selepas 60 hari dari tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Emel : hrukm@ukm.edu.my



Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong