Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Pulau Pinang ― Tutup 17 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Ogos 2021. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.

JAWATAN AKADEMIK ( PENSYARAH UiTM)

1. PROFESOR VK7
2. PROFESOR MADYA DM53
3. PENSYARAH KANAN DM51
4. PENSYARAH DM45

Tarikh tutup permohonan pada 17 Ogos 2021
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Ogos 2021

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
• Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (penjawat awam)
• Laporan Rujukan (bukan penjawat awam bagi permohonan jawatan Gred 41 dan ke atas Pengurusan & Profesional borang seperti dilampiran 1)

3. Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

4. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas / Kelas Kedua Tinggi / yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

7. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

8. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.

CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM , sila ke pautan yang diberikan di bawah.

(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 OGOS 2021 (Selasa)

(d) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG


Lihat juga jawatan kosong UiTM lain :

1. Jawatan kosong UiTM Cawangan Pahang (Tarikh tutup 09 Ogos 2021)
2. Jawatan kosong UiTM Cawangan Kelantan (Tarikh tutup 18 Ogos 2021)
3. Jawatan kosong UiTM Cawangan Terengganu (Tarikh tutup 09 Ogos 2021)
4. Jawatan kosong UiTM Cawangan Johor (Tarikh tutup 15 Ogos 2021)
5. Jawatan kosong UiTM Cawangan Sarawak (Tarikh tutup 13 Ogos 2021)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong