Ingin dapatkan info jawatan kosong di telegram? Ya, Klik Disini

Jawatan Kosong UiTM Kelantan ― Tarikh Tutup 18 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Ogos 2021. Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.

JAWATAN AKADEMIK

1. PROFESOR VK7
2. PROFESOR MADYA DM53
3. PENSYARAH KANAN DM51
4. PENSYARAH DM45

JAWATAN PENTADBIRAN

5. PEGAWAI EKSEKUTIF N29
6. KERANI (PENGURUSAN ASRAMA) N19
7. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
8. PEMBANTU OPERASI N11
9. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan : 18 Ogos 2021
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Ogos 2021

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
• Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
• Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

*Sila kemukakan semua DOKUMEN (PDF) melalui link seperti berikut : https://forms.gle/7bqrbGWQTMFfeBFj6

2. Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas / Kelas Kedua Tinggi /Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

3. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

4. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.


Lihat juga jawatan kosong UiTM lain :

1. Jawatan kosong UiTM Cawangan Pahang (Tarikh tutup 09 Ogos 2021)
2. Jawatan kosong UiTM Cawangan Terengganu (Tarikh tutup 09 Ogos 2021)
3. Jawatan kosong UiTM Cawangan Johor (Tarikh tutup 15 Ogos 2021)
4. Jawatan kosong UiTM Cawangan Sarawak (Tarikh tutup 13 Ogos 2021)
5. Jawatan kosong UiTM Cawangan Pulau Pinang (Tarikh tutup 17 Ogos 2021)
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong