Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Johor 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor 2021. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.

1. PENSYARAH UiTM
2. JURURAWAT U29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
5. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

Tarikh tutup permohonan pada 02 September 2021. (Telah Ditutup)
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Johor
Sektor : Kerajaan

Sila lihat jawatan kosong UiTM terkini DISINI (Tarikh Tutup 24 September 2021)

Jawatan Kosong UiTM Johor - Tarikh Tutup 2 September 2021

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

b) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

5. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 9 (III) Pindaan 7/2003) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di https://johor.uitm.edu.my/ atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September 2021.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM


No Tel : +(607)-935 2339 / 2273 / 2020

Iklan dan syarat kelayakan disini

Borang permohonan jawatan Pensyarah UiTM disini

Borang Permohonan jawatan pentadbiran disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong