Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Sept. 2021

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebagai:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Tarikh tutup permohonan pada 03 September 2021 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) September 2021

JAWATAN : PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred Gaji : L41
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji (Min - Mak) : RM2,418.00 – RM9,607.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Kekosongan : 5 jawatan

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut -

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

(ii) Sijil Amalan Guaman.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

(iii) Barrister-at-law-England.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00)

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas aduan dan siasatan, dasar dan penyelidikan, pengurusan hal parlimen, nasihat perundangan dan penyemakan kontrak, guaman dan hal ehwal umum perundangan agensi.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.eaic.gov.my. atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terbaharu, salinan ijazah, sijil-sijil, surat beranak dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

3. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dikemukakan kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
ARAS 5, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 2, 62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)


5. Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 September 2021 (Jumaat).

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong