Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM - September 2021

Iklan Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (Akademik) di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM. Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan seperti berikut:

Jawatan: Pekerja Sambilan Harian Akademik
Gaji: RM 100 Sehari
Bidang: Matematik, Biologi, Kimia, English dan Muzik
Penempatan: Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM, Kampus Bangi & Kampus Seremban

Jawatan Kosong Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM - September 2021

Syarat lantikan:

• Warganegara Malaysia

• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

• Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diitiraf setaraf dengannya

• Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya.

• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik

• Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan.

• Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

Skop tugasan:

• Merancang dan mengendalikan kelas pengajaran mengikut jadual kelas yang ditetapkan oleh pihak pusat

• Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkaitan

• Menyedia dan mengurus atur hal-hal berkaitan pentaksiran subjek

• Menjalankan tugas-tugas di luar pengajaran seperti Pensyarah kelas/kokurikulum/ahli jawatankuasa program dan lain-lain berdasarkan lantikan dan arahan ketua

Cara memohon jawatan:

1. Calon boleh membuat permohonan dengan menghantar salinan lembut (softcopy) dokumen berikut kepada alamat emel kppukm@ukm.edu.my dengan tajuk Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian.

Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan jawatan:

• Salinan Kad Pengenalan

• Curriculum vitae (CV) lengkap

• Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Salinan sijil Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

• Transkrip lengkap Ijazah sarjana muda

2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan: 3 September 2021
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI