Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPJasin ― Tarikh Tutup 25 Ogos 2021

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysiayang (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dipelawa untuk mengisi kekosongan sebagai :

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Pembantu Kemahiran H19
5. Pemandu Kenderaan H11
6. Penghantar Notis N11

Tarikh tutup permohonan pada 25 Ogos 2021
Lokasi : MPJasin, Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPJasin Ogos 2021

CARA-CARA MEMOHON:

(a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin
(http://www.mpjasin.gov.my). Atau sila kepautan link yang diberikan di bawah.

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana-mana Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja).

(d) Pegawai-pegawai Kerajaan / Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedang berkhidmat dikehendaki membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN
MELAKA.


(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Ogos 2021.

(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-

a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan

b) Tidak lengkap

c) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan

d) Tidak menandatangani borang permohonan

CATITAN

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah di temuduga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan / temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong