1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN ( KONTRAK)
Tarikh tutup permohonan pada 02 September 2021
Lokasi penempatan : MBPG Johor
Sektor : Kerajaan
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Bandaraya pasir Gudang dengan muat turun secara percuma di www.mbpg.gov.my. atau sila ke pauatan (link) yang diberikan di bawah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan :-
- Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
- Salinan Sijil-Sijil Akademik
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Lesen Memandu
- Gambar warna berukuran passport
- Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah); dan
- Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, Serta dialamatkan kepada;
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :30 OGOS 2021
3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 BAB A Tahun 2005 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).
4. Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap hendaklah menganggap permohonan mereka Berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK:
- Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani
- Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
- Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
- Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
- Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan
- Tidak menyatakan gambar passport berwarna
Borang permohonan jawatan disini