Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KEMAS ― Tarikh Tutup 24 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai :

1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 
(12 KEKOSONGAN)

2. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA29
(7 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup permohonan pada 24 Ogos 2021
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Ogos 2021

MAKLUMAT JAWATAN :-

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
Disandarkan Pada Skim Perkhidmatan  : Penolong Jurutera
Gred : JA29
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Jabatan / Bahagian : Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Jadual Gaji : RM1,549.00 - RM5,701.00

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(d) Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:

i. Diploma Kejuruteraan Awam

ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik

(e) Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen);

(f) Memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas;

(g) Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan boleh diberikan keutamaan;

(h) Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah satu kelebihan;

(i) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office;

(j) Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.

2. CARA MEMOHON:-

(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah mulai 11 Ogos 2021 (Rabu)

(b) Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja.

(c) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

(d) Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:-

24 Ogos 2021 (Selasa)

4. PERHATIAN:-

(a) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.


Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong