Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong iCEPS UiTM ― Tarikh Tutup 10 Sept. 2021

Jawatan kosong terkini di iCEPS UiTM September 2021. Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah) di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA Shah Alam sepertimana berikut:

JAWATAN GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 RM,1549.00 RM5,684.00
Tarikh tutup permohonan 10 September 2021 (Jumaat).
Lokasi penempatan : iCEPS UiTM Shah Alam
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong iCEPS UiTM ― Tarikh Tutup 10 Sept. 2021

SYARAT PELANTIKAN

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) i) Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00) atau

ii) Sijil dalam Bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00) atau

iii) Diploma dalam Bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00) atau

iv) Diploma dalam Bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89)

DAN

d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred C, termasuk lulus Ujian Lisan dan (5 subjek yang lain termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan pilihan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa. Penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan terknikal kepada pihak pengguna.

Nota:

Keutamaan diberi kepada calon di dalam bidang multimedia.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

c. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my atau boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS). atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

Sila kembalikan borang permohonan yang telah lengkap ke:

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR

Muat Turun :

Iklan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) - Muaturun
Skop Kerja - Muaturun
Borang Permohonan Jawatan Kosong - Muaturun
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong