Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong DBKU ― Tarikh Tutup 11 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Ogos 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai:

1. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

Tarikh tutup permohonan pada 11 Ogos 2021
Lokasi penempatan : DBKU Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Ogos 2021

1 a) Jawatan: Penolong Pegawai Seni Bina JA29

b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
d) Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kejuruteraan

2. Jadual Gaji Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29:-
Gaji Minimum - Maksimum : RM 1,549.00 - RM 5,701.00

3. Antara Skop Tugas Utama

a) Menyedia spesifikasi kerja untuk sebutharga/tender. Bagi kerja-kerja pembangunan untuk projek dalaman dan projek luaran (Pejabat Residen dan Daerah Kuching)

b) Menyedia spesifikasi kerja untuk kerja-kerja “Service Order

c) Memantau kemajuan bagi kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan

d) Menyediakan laporan kemajuan bulanan bagi kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan.

e) Memproses kerja-kerja tambahan (variation order), lanjutan masa (extention of time) dan pembayaran (payment) bagi kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan

4. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] atau

c) Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM 1,935.02]

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Taraf Jawatan : Kontrak

Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi termasuk nombor telefon peribadi yang mempunyai aplikasi whatapps, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan)

kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching


Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit

b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir

c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan

Tarikh Akhir Permohonan : 11 Ogos 2021 (Rabu)

Catatan Am:

(i) Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak memberi maklumat dengan lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraitapis sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong