Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong DBKL ― Tarikh Tutup 11 September 2021

Jawatan kosong terkini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai :

1. PEGAWAI PSIKOLOGI

Tarikh tutup permohonan pada 11 September 2021
Lokasi penempatan : DBKL Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong DBKL ― Tarikh Tutup 11 September 2021

JAWATAN : PEGAWAI PSIKOLOGI
KEKOSONGAN JAWATAN : 02
TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
KADAR UPAH : *RM100.00 SEHARI
(*TERTAKLUK KEPADA PENCAPAIAN KPI HARIAN)
TEMPOH PERKHIDMATAN : TIGA (3) BULAN

WAKTU BEKERJA : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN
Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran sebagai Kaunselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.

UMUR
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

CARA MEMOHON

(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL. Sila ke pautan yang diberikan di bawah.
 
(ii) Calon yang mempunyai Ijazah dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
 
(iii) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, SPM dan Sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.

CATATAN

(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

(iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 
Tarikh tutup permohonan pada 11 September 2021 (Sabtu).

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong