Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong ASWARA ― Tarikh Tutup 12 September 2021

Jawatan kosong terkini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebagai :

1. Pensyarah, Pegawai Kebudayaan B47
2. Pensyarah, Pegawai Kebudayaan B41

Tarikh tutup permohonan pada 12 September 2021.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong ASWARA ― Tarikh Tutup 12 September 2021

JAWATAN : PENSYARAH, PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B47
Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak
Penempatan : Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem
Keperluan Bidang : Penulisan Filem dan Televisyen (Penulisan Lakon Layar), Penulisan Kreatif.

SYARAT-SYARAT:

1. KRITERIA LANTIKAN


• Warganegara Malaysia;

• berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• Memiliki pengetahuan yang mendalam dan pengalaman dalam bidang yang diperlukan mengikut jawatan yang dimohon;

• Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkenaan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

• Mempunyai pengalaman mengajar untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun;

• Mempunyai pengalaman menulis karya kreatif dalam bidang yang dipohon sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman; dan

• Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

JAWATAN : PENSYARAH, PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B41
Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak
Penempatan : Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan
Keperluan Bidang : Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua/ TESL/ TESOL/ Linguistik

SYARAT-SYARAT:

1. KRITERIA LANTIKAN

• Warganegara Malaysia;

• berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• Memiliki pengetahuan yang mendalam dan pengalaman dalam bidang yang diperlukan mengikut jawatan yang dimohon;

• Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki atau sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkenaan;

• Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

• Mempunyai pengalaman mengajar untuk tempoh tidak kurang dari 3 tahun;dan

• Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

TANGGUNGJAWAB/ TUGAS

• Bertanggungjawab melaksanakan tugasan pensyarah bagi program pengajian yang ditawarkan di ASWARA merangkumi pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan tesis, projek dan latihan praktik pelajar atau perkara-perkara yang berkaitan;

• Melaksanakan projek penyelidikan dalam bidang ilmu atau kepakaran masing-masing;

• Membuat penilaian keberkesanan pengajaran dan menyediakan alat bantu kuliah mengajar;

• Menjalankan kerja-kerja perundingan dan perkhidmatan masyarakat di luar atau dalam ASWARA mengikut peringkat-peringkat dalam bidang kepakaran.

NOTA

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temu duga dan sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini, sila ambil maklum bahawa permohonan anda adalah tidak berjaya dan kekosongan tersebut telah diisi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 12 SEPTEMBER 2021 (AHAD)

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut pada pautan yang diberikan di bawah.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

c) Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil berkaitan yang PERLU DISAHKAN.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dipohon dan dihantar ke alamat seperti berikut:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 03-2778 5939/5940/5936

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong