Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Julai 2021

Jawatan kosong PERZIM ambilan Julai 2021 | Jawatan kosong Melaka Julai 2021. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merupakan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Melaka mempelawa Warganegara Malaysia keutamaan kepada ANAK NEGERI MELAKA berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan yang berkelayakan dan berpengalaman bekerja bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. KURATOR GRED S41
2. PEMBANTU MUZIUM GRED S19
3. PEMBANTU KEMAHIRAN (AWAM) GRED H19
4. PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRIK) GRED H19
5. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Tarikh tutup permohonan 30 Julai 2021
Lokasi penempatan : PERZIM Melaka
Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Julai 2021

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan PERZIM. SATU (1) JAWATAN, SATU (1) BORANG.
2.Borang Perjawatan dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun secara PERCUMA dari laman web PERZIM: www.perzim.gov.my mulai pada 14 JULAI 2021 (RABU). Atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
3.Semua permohonan hendaklah menyertakan sijil atau dokumen berkaitan YANG DISAHKAN*** mengikut kelayakan dan DOKUMEN WAJIB seperti berikut:
  • Sekeping gambar berukuran pasport;
  • Salinan Kad Pengenalan baru;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Lesen Memandu Kenderaan; dan
  • Salinan sijil/ kelulusan persekolahan; serta
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini; dan
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
***Kelayakan individu untuk membuat pengesahan dokumen hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia DENGAN KELAYAKAN seperti berikut: Wakil Rakyat/ Senator; Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; Pengamal Undang-undang; Jaksa Pendamai; Pengetua/ Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja); Ketua Kampung/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) DAN Cop pengesahan individu hendaklah lengkap mempunyai nama, jawatan dan jabatan/ alamat di mana pegawai bertugas).

4. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/ selfie tidak dibenarkan). Pemohon hendaklah memastikan DOKUMEN WAJIB (salinan kad pengenalan, salinan Lesen Memandu, Salinan sijil akademik/ kemahiran dan transkrip akademik) yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan. Jangan ubahsuai borang tersebut dan pastikan mukasurat lengkap sebelum dicetak. Semua dokumen permohonan yang lengkap dan dicetak hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Perbadanan Muzium Melaka, 
Kompleks Warisan Melaka, 
Jalan Kota, 75000 Melaka
(u.p: Seksyen Khidmat Pengurusan)


5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 30 JULAI 2021 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAHARI.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) BULAN DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN hendaklah secara automatik menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong