Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) 2021

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) Julai 2021. Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi jawatan bertaraf TETAP di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai :

1.Arkitek J41
2.Juruukur Bahan J41
3.Juruukur Bangunan J41
4.Pegawai Keselamatan KP41
5.Pegawai Kewangan W41
6.Pegawai Penyelidik Q47
7.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
8.Pegawai Pertanian G41
9.Pegawai Sains C41
10.Pegawai Tadbir N41
11.Pegawai Veterinar GV41
12.Pereka B41
13.Pustakawan S41
14.Pegawai Perubatan UD43
15.Jurufotografi B29
16.Juruteknik Komputer FT19
17.Pemandu Kenderaan H11
18.Pembantu Awam H11
19.Pembantu Kemahiran H19
20.Pembantu Keselamatan KP19
21.Pembantu Operasi N11
22.Pembantu Setiausaha Pejabat N19
23.Pembantu Pustakawan S19
24.Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
25.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
26.Pengawal Keselamatan KP11
27.Penolong Jurutera JA29
28.Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29
29.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
30.Penolong Pegawai Sains C29
31.Penolong Pegawai Tadbir N29
32.Penolong Pegawai Veterinar G29
33.Penolong Pustakawan S29
34.Pereka B19
35.Jururawat U29
36. Jururawat Masyarakat U19
37. Jurupulih Perubatan U29
38. Pembantu Pembedahan Pergigian U19
39. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
40. Penolong Pegawai Farmasi U29
41. Penolong Pegawai Perubatan U29

Tarikh tutup permohonan pada 30 Julai 2021
Lokasi penempatan : UPM Pelbagai Negeri
Sektor perkhidmatan : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) 2021

CALON ADALAH DIKEHENDAKI MEMENUHI SYARAT UMUM PERMOHONAN BAGI SEMUA JAWATAN DI ATAS.

SYARAT UMUM PERMOHONAN:

1) Calon mestilah Warganegara Malaysia.

2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan:-

a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;

b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun; atau

ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 58 tahun; atau

iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 60 tahun.

4) Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.

5) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6) Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjeksubjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

CARA MEMOHON:

Permohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian (eJOBS) yang boleh dicapai melalui Laman Web Pejabat Pendaftar UPM : https://pendaftar.upm.edu.my atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh tutup permohonan melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian (eJOBS) bagi jawatan-jawatan ini adalah pada 30 Julai 2021 (Jumaat).

PERHATIAN:

Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan jawatan kosong disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong