Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SPRM Julai 2021

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Julai 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di SPRM sebagai:

1. Pegawai Siasatan Gred P41
Kekosongan : 28 Simpanan : 120

Tarikh tutup permohonan pada 25 Julai 2021
Sektor perkhidmatan : Kerajaan
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia

Jawatan Kosong SPRM 2021

Pegawai Siasatan Gred P41
Gred: P41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM2,502.00
Gaji Maksmum : RM9,803.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM230.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SIASATAN GRED P41

(c)

(i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,502.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,616.65); atau

(iii) Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,732.18); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau

(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,078.77); atau

(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,194.30);

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS :

i) Aspek Siasatan
ii) Aspek Perisikan
iii) Aspek Pendidikan Masyarakat
iv) Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
v) Aspek Perundangan dan Pendakwaan
vi) Aspek Penyelidikan dan Perancangan
vii) Aspek Latihan
viii) Aspek Keselamatan
ix) Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di https://spa9.spa.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan dibawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 25 Julai 2021 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan/ semakan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong