Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pusat GENIUS Pintar Negara UKM Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Pusat GENIUS Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2021. Pusat GENIUS@Pintar NEGARA, Universiti Kebangsaan Malaysia menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (P/O) N29
TARAF JAWATAN : SAMBILAN (BERGAJI HARI)
TEMPOH LANTIKAN : 6 BULAN
TARIKH IKLAN : 30 JULAI 2021 (KEPERLUAN SEGERA)
TARIKH TUTUP : 15 OGOS 2021

Jawatan Kosong Pusat GENIUS Pintar Negara UKM Ogos 2021

DESKRIPSI TUGASAN:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut :

a. Tugas pengkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek pengkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

b. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengarah dan Ketua Program.

SYARAT AM KELAYAKAN LANTIKAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N29 SECARA SAMBILAN

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun.

c. Kelayakan akademik : Diploma atau ijazah dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON BERIKUT:

a. Berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan operasi.

b. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa.

c. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

d. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.

CARA MEMOHON:

a. Sila emel RESUME/CV yang lengkap kepada permatapintar@ukm.edu.my

b. Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Jika calon TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong