Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PDRM Ambilan Terkini Ogos 2021

Jawatan kosong terkini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat dan kelayakan sepertimana di bawah, untuk mengisi kekosongan PDRM seperti berikut:

1. KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI SAHAJA)

SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DENGAN MEMENUHI SEMUA SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN BERMULA PADA TARIKH SEPERTI BERIKUT :

MULAI 02 OGOS 2021 HINGGA 15 OGOS 2021

JAWATAN KOSONG PDRM AMBILAN OGOS 2021

SYARAT DAN KELAYAKAN

KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;
c) Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ;

a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin

atau;

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];

iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02];

d) Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

DIKSKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI

Jadual Gaji Minimum - Gaji Maksimum

Gred YA1 : RM 1,441.00 - RM 4,152.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 105.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan

Elaun Tetap Perumahan : RM 300
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 115
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

PERMOHONAN BOLEH DI BUAT MELALUI LAMAN WEB E-PENGAMBILAN PDRM. Sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERKENAAN DENGAN PENGAKTIFAN E-MAIL DAN LUPA KATA LALUAN , SILA BERHUBUNG DI TALIAN HELP DESK 03-22668348/ 8350 / 8351 SEPERTI YANG TERTERA DI LAMAN MEDIA SOSIAL IG DAN FB UNIT PENGAMBILAN PDRM.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong