1. Penolong Akauntan Gred W29
2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Tarikh tutup permohonan pada 28 Julai 2021
Lokasi penempatan : MPPD Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
i) Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my. atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.
ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut :
a. Gambar warna berukuran pasport;
b. My Kad/Kad Pengenalan;
c. Sijil Kelahiran;
d. Sijil Berhenti Sekolah;
e. Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik;
f. Sijil-Sijil yang berkaitan dengan bidang.
iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2020 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).
iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)
PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT AKAN DITOLAK :
i) Borang permohonan dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yand ditetapkan dalam iklan;
iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah seperti para C(ii) ; dan
iv) Tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam;
(www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
PERHATIAN
i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian kecergasan / ujian bertulis dan temu duga melalui surat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (mysms 15888).
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).
iii) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.
Iklan dan borang permohonan jawatan disini