Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPAJ — Tarikh Tutup 16 November 2020

Kerja kosong terkini di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ambilan November 2020. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahunpada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap / KontrakdiMajlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

1. PEGAWAI PERANCANG BANDARDAN DESA J41
2. AKAUNTAN WA41
3. ARKITEK LANDSKAP J41
4. PEGAWAI TADBIR N41
5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
7. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
8. PENOLONG JURUTERA JA29
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
10. JURUFOTOGRAFI B19
11. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
12. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
13. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
14. PEMBANTU PENILAIAN W19
15. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
16. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
17. PEMBANTU OPERASI N11
18. PEMANDU KENDERAAN H11
19. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan 16 November 2020
Lokasi penempatan : MPAJ Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPAJ — Tarikkh Tutup 16 November 2020

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

ii. Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;

iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);

iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);

v. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan

vi. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

PENTING:

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iv. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

v. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.30 sen.

vi. Satu borang untuk satu jawatan sahaja.

vii. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040/7037.

Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong