Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MDRompin November 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Rompin (MDRompin) ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N22
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
4. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup permohonan pada 17 November 2020
Lokasi penempatan : MD Rompin, Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MDRompin November 2020

CARA-CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Rompin yang boleh didapati di laman web Majlis Daerah Rompin di alamat www.mdrompin.gov.my atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 10” x 15”. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

(i) tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak disertakan gambar, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan;

(ii) tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

(iii) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan; dan

(v) tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR


Sebelum atau pada 17 NOVEMBER 2020

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi.

CATATAN AM

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong