Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MBSJ November 2020

Jawatan kosong terkini Dewan Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor) yang berumur 18 tahun keatas pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

Tarikh tutup permohonan 24 November 2020
Lokasi penempatan : MBSJ Selangor
Sektor perkhidmatan : Kerajaan

Jawatan Kosong MBSJ November 2020

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong

b. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.

ii. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan.

iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).

iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).

iv. Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)

c. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

d. Tarikh tutup permohonan pada 24 November 2020

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR ATAU IBU/ BAPA DILAHIRKAN DI SELANGOR.

Iklan dan cara memohon disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong