Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) November 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Perlis) berumur 18 tahun ketas pada tarikh tutup permohonan serta berkelayaka untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) bertaraf TETAP sebagai :

1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
4. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan pada 17 November 2020
Lokasi penempatan : MPKangar Perlis
Sektor perkhidmatan : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) November 2020

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari mpkangar.gov.my atau muat turun pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1-2020 yang boleh dimuat turun pada pautan (link) yang diberikan di bawah, semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

i) Kad Pengenalan (depan dan belakang),

ii) Sijil Kelahiran (wajib disertakan),

iii) Sijil Berhenti Sekolah,

iv) Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),

v) Sijil Kegiatan Luar (jika ada),

vi) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

3. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

4. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan yang memohon dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

i) Surat Pengesahan Ketua Jabatan,

ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini,

iii) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini,

iv) Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan

v) Salinan penyata gaji yang terkini.

5. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 17 November 2020 (Selasa), selewat-lewatnya sebelum jam 5 petang.

MAKLUMAT AM

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

i) Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan ;

ii) Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan;

iii) Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas;

iv) Memohon jawatan yang tidak diiklankan;

v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

vi) Borang permohonan tidak ditandatangani;

vii) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan; dan

viii) Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT PERMOHONAN

1. Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan atau disampaikan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)


2. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

3. Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong