Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (JPM) November 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ambilan November 2020. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian(PSH) seperti berikut:

JAWATAN / KLASIFIKASI

Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan)

BUTIRAN

Kumpulan Perkhidmatan : Sementara
Tempoh Jawatan : 3 bulan (boleh dilanjutkan sehingga 3 bulan lagi)
Kekosongan : 1 (satu)

KADAR UPAH

RM100 sehari

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (JPM) November 2020

SYARAT LANTIKAN

(i) Warganegara Malaysia

(ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan

(iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERTIMBANGAN / KEUTAMAAN

(i) Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(ii) Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat masyarakat.

(iii) Boleh menggunakan Microsoft Office dan Powerpoint dengan baik.

(iv) Mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.

2. CARA MEMOHON

2.1 Permohonan boleh dibuat secara bertulis ke alamat:

Ketua Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang
Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62692 PUTRAJAYA
(u.p.:Unit Sumber Manusia )


Atau

Emel di [email protected]/ [email protected]

2.2 Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “PEKERJA SAMBILAN HARIAN” di sebelah kiri atas sampul surat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 November 2020 (Jumaat).

2.3 Semua permohonan perlu disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan kad pengenalan.

2.4 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2.5 Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

3. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh menghubungi talian 019-2833 433/03-8885 1159/ 03-8885 1146
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong