Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia November 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai :

1. PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19
Kekosongan : 64  Simpanan : 700

Tarikh tutup permohonan pada 23 November 2020
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia November 2020

Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,353.00
Gaji Maksimum : RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

2. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d)
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,353.00) atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,409.40) atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,465.80)

3. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di https://spa9.spa.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan dibawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 23 November 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong