Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Oktober 2020

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

1. PENSYARAH UiTM

Tarikh tutup permohonan 07 Oktober 2020
Penempatan : UiTM Segamat Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Oktober 2020

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Syarat Kelayakan

i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf

ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang

iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti

iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik

v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana)

vi. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda

vii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbnagkan

viii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v1/index.php/hebahan/iklan atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

c. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

e. Pemohon-pemohon mestilah sedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.

f. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Oktober 2020

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
KM. 12, JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2338 / 2020 / 2273 / 2272

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong