Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MSN Selangor Oktober 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) Oktober 2020. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor dan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
2. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred N29

Tarikh tutup permohonan 16 Oktober 2020
Lokasi penempatan : MSN Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MSN Selangor Oktober 2020

Cara Memohon : 

(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan di www.msnselangor.gov.my. atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(e) Permohonan daripada kakitangan awam yang sedang berkhidmat hendaklah mendapat sokongan dan pengesahan Ketua Jabatan.

(f) Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

Alamatkan permohonan ke : 

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 2 & 3, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Perhatian : 

(a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

i. Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii. Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

Pertanyaan : 

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urusetia melalui telefon atau melalui email berikut:

(a) urusetia : 03-5510 9063
(b) email : admin@msnselangor.gov.my


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong