Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung.
1. PENOLONG JURUUKUR GRED JA29
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41
Tarikh tutup permohonan pada 19 Oktober 2020
Lokasi penempatan : MPM Majung Perak
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my. atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah.
CATATAN AM
(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temu duga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian / temu duga:
(i) Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
(ii) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
(iii) Surat Perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Jawatan Kosong MPM Oktober 2020
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.