Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MDHS Oktober 2020

Jawatan kosong terkini Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Pegawai Penguatkuasa KP41
2. Pembantu Penguatkuasa KP19
3. PemanduKenderaan H11

Tarikh tutup permohonan pada 27 Oktober 2020
Lokasi penempatan : MDHS, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MDHS Oktober 2020

Permohonan adalah secara atas talian (online) sahaja. Pemohon dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat permohonan secara atas talian (online) sepenuhnya.

1. Iklan permohonan jawatan kosong di pauatan yang diberikan di bawah.

2. Syarat-syarat permohonan secara atas talian (Online):

2.1 Cara-cara memohon:

2.1.1 Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara online. https://www.mdhs.gov.my/ms/rakyat/permohonan-pekerjaan.

2.1.2 Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.

2.1.3 Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan. Contoh: Pegawai Penguatkuasa, Gred KP41.

2.1.4 Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):

a) Gambar berukuran passport.

b) Sijil kelahiran

c) Kad Pengenalan

d) * Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.

e) * Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.

f) Biodata Diri (Resume)

Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

- Maklumat tambahan:

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:

a) diimbas (scan) terlebih dahulu

b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)

c) dikumpulkan / dihimpunkan (zip) menggunakan zip file seperti zip, rar atau tar.

- Diruangan muat naik (Sistem Online):

- Sila klik butang Choose File, pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk zip, rar atau tar. Kemudian klik butang muat naik.

2.1.5 Sila selesaikan satu soalan matematik seperti yang telah disediakan di ruangan tersebut.

2.1.6 Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi "Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.".

3. Setiap jawatan yang dipohon perlu disertakan dengan dokumen yang dimuat naik seperti di perkara 1.4 sebelum atau pada 27 OKTOBER 2020.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2019, 2018 dan 2017). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN


5. Catatan Am

a. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.

b. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

c. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan  hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

d. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong