Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LPHS Oktober 2020

Jawatan kosong terkini di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ambilan Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19

Tarikh tutup permohonan pada 30 Oktober 2020
Lokasi penempatan : LPHS Shah Alam, Selangor.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong LPHS Oktober 2020

BUTIRAN PERMOHONAN

a) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil akademik, sijil berhenti sekolah rendah dan menengah dan lain- lain dokumen berkaitan.

b) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan perlu disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

c) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi dan lewat diterima akan ditolak dan tidak dilayan.

d) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

e) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

f) Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

g) Borang (LPHS 01/PSM) boleh dimuat turun melalui laman web http://lphs.selangor.gov.my. atau sila muat turun pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
TINGKAT 5, PODIUM UTARA
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 
40503 SHAH ALAM, SELANGOR.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 OKTOBER 2020 (JUMAAT) JAM 5.00 PETANG


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong