Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LHDN Oktober 2020

Jawatan kosong terkini di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkalayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di LHDN sebagai :

1. EKSEKUTIF HASIL (PENAKSIRAN)

Tarikh tutup permohonan pada 16 Oktober 2020
Lokasi penempatan : LHDN Semenanjung Malaysia / Sarawak / Sabah
Sektor : Kerajaan / Berkanun

Jawatan Kosong LHDN Oktober 2020

KELAYAKAN MEMOHON

- Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

KELAYAKAN TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN

- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

- Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

- Calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan dan melepasi Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 2.70.

- Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:

a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan

b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.

- Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara Kontrak Bergaji Bulanan dan Kontrak Bergaji Harian layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai kelayakan memohon seperti di atas.

BIDANG & SKOP KERJA

- Menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 termasuklah:

a) Menjalankan operasi pematuhan cukai melalui pelaksanaan audit yang berkesan, menyelaras operasi dan tinjauan ke zon ekonomi.

b) Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan dan pembayaran balik.

c) Melaksanakan tugas pungutan yang merangkumi pengumpulan dan pemulihan cukai, pengembalian dana, panggilan luar dan hal ehwal berkaitan pungutan.

d) Merancang program pendidikan cukai dengan penyediaan bahan pendidikan cukai kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.

CARA MEMOHON

- SEMUA PEMOHON LUAR DAN DALAM LHDNM TERMASUK KONTRAK BULANAN DAN HARIAN YANG TELAH MEMOHON JAWATAN INI PADA IKLAN TERDAHULU BERTARIKH 5 OGOS 2019 TIDAK PERLU LAGI MEMOHON PADA KALI INI KERANA MAKLUMAT BERKENAAN MASIH SAH DIGUNAKAN.

- Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.

- Permohonan daripada calon luar, pegawai LHDNM bertaraf Kontrak Bergaji Harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/

- Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf Tetap dan Kontrak Bergaji Bulanan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://spi.hasil.gov.my/. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan (SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

MAKLUMAT TEMU DUGA

- Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

- Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

- Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat:

kerjaya@hasil.gov.my

GAJI PERMULAAN & PENEMPATAN

Gaji Permulaan : RM 3,335.00

Penempatan : Semenanjung Malaysia / Sarawak / Sabah

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong