Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

1156 Kekosongan Jawatan Pembantu Awam Gred H11 Oktober 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di pelbagai kementerian/ jabatan di sektor kerajaan ambilan Oktober 2020. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di sektor kerajaan sebagai :

1. PEMBANTU AWAM GRED H11

JABATAN KERAJAAN :

i) Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KETSA)
ii) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
iii) Jabatan Perdana Menteri (JPM)
iv) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
iv) Pelbagai Kementerian/ Jabatan (Semenanjung dan lelaki sahaja)

KEKOSONGAN : 156
CALON SIMPANAN : 1000

Tarikh tutup permohonan 18 Oktober 2020
Lokasi penempatan : Semenanjung Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Oktober 2020

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)
(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)

DESKRIPSI TUGAS
  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di www.spa.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan dibawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 18 Oktober 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong