Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKluang Februari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) ambilan februari 2020. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berminat dan berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan JAWATAN TETAP DAN KONTRAK di Majlis Perbandaran Kluang sebagaimana berikut:

1. JURUTERA J41
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR JA29
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. PEMBANTU TADBIR N19
6. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

Tarikh tutup permohonan pada 14 Februari 2020
Lokasi penempatan : MPKluang Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKluang Februari 2020

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara Online di laman web eSistem MPKluang di alamat http://esistem.mpkluang.gov.my/eJOB_MPKLUANG. Sebarang masalah berkaitan permohonan jawatan sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kluang di talian 07 – 7771473/1410

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM ATAU PADA : 14 FEBRUARI 2020

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

b) Permohonan bagi jawatan Gred 29 dan Gred 41 hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut :

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit

ii. Menggunakan suara pemohon sebenar

iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:

• Ringkasan Latarbelakang keluarga pemohon

• Ringkasan latarbelakang Pendidikan pemohon

• Ringkasan pengalaman kerja pemohonan

• Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon

• Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan

• Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon

• Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’

▪ Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.

• Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon

• Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon

iv. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat HR@mpkluang.gov.my. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai Nama, No. KP pemohon dan Jawatan yang dipohon (rename).

c) Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan dan muat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan.
Pemohon yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tidak lengkap akan DITOLAK.

d) Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai tidak TIDAK BERJAYA.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong