Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MIROS Terbuka 2020

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) februari 2020. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk senarai tugas di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

1) Pegawai Sambilan Harian (Ijazah, RM100/hari, 1 Kekosongan)

Tarikh tutup permohonan : Terbuka
Lokasi penempatan : MIROS, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MIROS Terbuka 2020

Senarai tugas yang bakal dijalankan oleh PSH adalah seperti berikut:

i) Melakukan tugas-tugas kajian keperluan pengguna.

ii) Melakukan tugas-tugas kajian penerimaan pengguna dan kajian penerimaan akhir.

iii) Melakukan tugas-tugas serahan akhir setelah pembangunan siap sepenuhnya.

iv) Melaksanakan tugas-tugas meja bantuan seperti menerima aduan pengguna berhubung sistem, mendokumentasi aduan dan menyelesaikan aduan/masalah yang diterima dari pengguna.

v) Melakukan ‘debugging’ bagi masalah yang ditemui didalam sistem.

vi) Melakukan penyenggaraan secara berkala bagi memastikan sistem-sistem berada didalam keadaan optimum.

vii) Melakukan ujian (testing) terhadap perisian bila diperlukan.

viii) Melakukan pemeriksaan tahap keselamatan sistem secara berkala.

ix) Melakukan ‘back-up’ bagi sistem dan pangkalan data.

x) Mendokumentasi kerja-kerja yang dilaksanakan dan mengikut keperluan.

Kemahiran yang dikehendaki:

Language:
  • PHP
  • SQL
Database:
  • Xampp
  • MySQL
Keperluan lain:
  • Xampp
  • MySQL
  • CSS
Tahap kebolehan : Mempunyai pengetahuan dalam sekurang-kurangnya sebahagian kemahiran di atas.

Pemohon yang berminat dikehendaki untuk menghantar salinan resume dan surat iringan (cover letter) yang menyatakan kemahiran seperti yang dinyatakan di atas ke alamat itm@miros.gov.my.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong