Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka/ Walk-in Interview PTPTN Februari 2020

Jawatan kosong/ Temuduga Terbuka/ Walk in Interview terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Februari 2020. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 18 tahun keatas pada tarikh temuduga serta berminat menghadiri temuduga terbuka jawatan sebagai :

EKSEKUTIF PEMASARAN


Tarikh / Hari : 10 dan 11 Februari 2020 / Isnin dan Selasa
Masa : 9.00 pagi sehingga 4.00 petang

* Waktu rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

* Pendaftaran dibuka sehingga pukul 2.00 petang

Tempat temuduga :

Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor
No.17, Jalan Padi Emas 1/5
Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
JOHOR

Temuduga Terbuka/ Walk-in Interview PTPTN Februari 2020

Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) JOHOR

Akan ditempatkan dan bertugas di Pejabat Cawangan sekitar Johor

GAJI : RM1,600.00 SEBULAN

INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Peramah;
  • Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
  • Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri. (keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kereta) 
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah) yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijilsijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

b) Salinan Surat Beranak pemohon;

c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

d) Salinan lesen memandu; dan

e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM

a) Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

b) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini

Lihat juga : 

Temuduga Terbuka PERKESO Februari 2020

Jawatan Kosong Terkini FINAS Februari 2020
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong