Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Februari 2020

Jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ambilan segera februari 2020. Pusat GENIUS@Pintar NEGARA, Universiti Kebangsaan Malaysia menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 26 tahun dan ke bawah, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
TARAF JAWATAN : KONTRAK
TEMPOH LANTIKAN : 1 TAHUN (MENGIKUT PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN)
TARIKH IKLAN : 23 JANUARI 2020 (KEPERLUAN SEGERA)
TARIKH TUTUP : 5 FEBRUARI 2020

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Februari 2020

DESKRIPSI TUGASAN:

Bertanggungjawab membantu Ketua Unit untuk mengkaji dan menganalisis sistem yang sedia ada. Mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara dan naik taraf sistem serta memproses maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian atau Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
(Gaji Pokok Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00) atau tertakluk kepada pengalaman.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON BERIKUT:

(i) Berpengalaman dalam pembangunan dan penyelenggaraan sistem sekurang-kurangnya setahun.

(ii) Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa.

(iii) Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

(iv) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.

CARA MEMOHON:

(i) Sila emel RESUME/CV yang lengkap kepada permatapintar@ukm.edu.my

(ii) Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Jika calon TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.

LIHAT JUGA : Jawatan Kosong Terkini FINAS Februari 2020
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong