Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) 2020

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Januari 2020. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang antara fungsinya bagi menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau terhadap agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, 2009. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini.

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Tarikh tutup permohonan pada 27 Januari 2020
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Januari 2020

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia.
2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan


PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

Skim Perkhidmatan : Pegawai Undang-Undang
Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
Gred Gaji : L41
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji (Min - Max) : L41 - RM2,418.00 – RM9,607.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : 5% daripada gaji pokok (Skim L sahaja)

SYARAT LANTIKAN

(i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00]; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).
[Gaji Permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00] dan

iii) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PEGAWAI TADBIR GRED N41
Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
Gred Gaji : N41
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji (Min - Max) : N41 - RM2,080.00 – RM9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : 5% daripada gaji pokok (Skim L sahaja)

SYARAT LANTIKAN

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00]

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43] dan

iii) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


DISKRIPSI TUGAS PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41/ PEGAWAI TADBIR GRED N41

Bertanggungjawab untuk melaksana dan mengendalikan tugas-tugas yang melibatkan aspek siasatan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, perundangan, penyelidikan dan perancangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan EAIC yang boleh dimuat turun di laman web EAIC di www.eaic.gov.my. atau sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;

3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat;
dan

4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir (2017, 2018 dan 2019).

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 27 JANUARI 2020 (ISNIN)

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong