Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong PTPTN Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Februari 2020. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 18 tahun keatas pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Lihat juga : Temuduga Terbuka PTPTN pada 10 dan 11 Februari 2020 Klik Disini

Tarikh tutup permohonan pada 02 Februari 2020 (Telah Ditutup)
Lokasi penempatan / Pusat temuduga : Menara PTPTN, Kuala Lumpur.
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong PTPTN Februari 2020

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
PENEMPATAN DAN PUSAT TEMUDUGA : MENARA PTPTN, KUALA LUMPUR
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM (JGMM) : RM2,080 - RM9,546

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki :

a) Ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan  yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b) Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

c) Ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

JAWATAN / GRED : PENOLONG PEGAWAI TADBIR / N29
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
PENEMPATAN DAN PUSAT TEMUDUGA : MENARA PTPTN, KUALA LUMPUR
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM (JGMM) : RM1,493 - RM5,672

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki :

a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus principal subjek Ekonomi atau Matematik; atau

b) Diploma dalam bidang statistik, matematik atau sains aktuari yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 02 Februari 2020 (Ahad) di pautan link di bawah :

Lihat juga : 

Temuduga PTPTN Februari 2020

Jawatan Kosong Terkini FINAS Februari 2020

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong