Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Januari 2020

Kerja kosong kerajaan terkini di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) bulan januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sebagai :

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S41
2. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2020 (Khamis)
Lokasi penempatan : PKB, Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Januari 2020


CARA MEMOHON

(a) Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

(i) Resume;

(ii) Salinan Sijil Kelahiran;

(iii) Salinan Kad Pengenalan;

(iv) Salinan Berhenti Sekolah

(v) Salinan sijil kelayakan akademik (SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda) /kompetensi tertinggi berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan mengikut kelayakan bidang tugas dan kerja yang dipohon;

(vi) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan

(vii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

(i) Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan

(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.
(u.p : Seksyen Pengurusan)



(f) Tarikh Iklan : 2 Januari 2020 (Khamis)

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2020 (Khamis)

(h) Catatan Am :

(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan

(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(iii) Tempoh sahlaku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong