Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) 2020

Jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) ambilan februari 2020. Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) adalah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas pembangunan dan pengurusan Bandar Bukit Fraser ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, dinamik, mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan berpengalaman luas dalam industri pelancongan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PENGURUS BESAR

Tarikh tutup permohonan pada 05 Februari 2020
Lokasi penempatan : PKBF Kuantan Pahang.
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) 2020

Syarat dan kelayakan minimum
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemegang Ijazah dari Institut pengajian tinggi yang diiktiraf dan calon yang memiliki latar belakang dalam perniagaan, pemasaran , kewangan, perakaunan dan pelancongan.
  • Calon yang memiliki minimum 10 tahun pengalaman profesional dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat serta industri pelancongan.
  • Memiliki sifat-sifat kepimpinan yang cemerlang, komited dan berwawasan untuk menggerak dan membangunkan Bukit Fraser melalui PKBF serta mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.
  • Berpengalaman merancang kewangan, promosi, strategi pemasaran dan mencapai matlamat PKBF menerusi visi dan misi yang ditetapkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Berumur tidak lebih dari 50 tahun pada tarikh tutup iklan.
Cara Memohon

Sila hantarkan Resume lengkap (termasuk nombor telefon, gambar passport dan gaji dipohon hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum / pada 5 Februari 2020.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Blok B
Wisma Sri Pahang
25503 Kuantan
Pahang Darul Makmur


Perhatian
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong