Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Januari 2020

Jawatan kosong terkini di IKIM Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:

1. JURUAUDIT/ KETUA PEGAWAI AUDIT DALAM GRED W48
2. PEGAWAI AUDIT DALAM GRED W41
3. PENOLONG PEGAWAI AUDIT DALAM GRED W29

Tarikh tutup permohonan pada 27 Januari 2020 (jam 2.00 petang)
Lokasi penempatan : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Januari 2020

Cara Memohon

a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)


Tel: 03-62046374

b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang, 27 Januari 2020.

e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Iklan dan syarat kelayakan permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong