Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Terbuka 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai :

1. PERAJURIT MUDA TLDM (LELAKI/WANITA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN (TERBUKA)
Lokasi : TLDM Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Terbuka 2019


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

Syarat Asas Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2020.
Penglihatan -
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.

Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran

Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

Tinggi:


Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m

Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:

Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg

Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :

Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

i) SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

ii) SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

iii) SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

iv) SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

v) DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

CARA MEMOHON

1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).

2. Log masuk ke bahagian pemohon.

3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

CATATAN AM
  1. Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  2. Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  4. Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong